Sistem turbo

1.Cmner sistem turbo nie berfungsi dgn kadar yg betul? Enjin turbo berfungsi dengan membekalkan udara tambahan ke dalam engin untuk menghasilkan pembakaran yang lebih sempurna. Bekalan udara ini berfungsi untuk menghasilkan pembakaran yang sempurna di dalam engin, dengan itu dapat meningkatkan lagi kuasa yang dihasilkan engin. Enjin turbo yang awal pada mulanya hanya berfungsi untuk mengepam udara tambahan kedalam enjin dengan mengunakan kipas dibahagian ekzos. Putaran kipas itu akan menggerakkan pam udara turbo dengan bantuan shaf penyambung, dengan itu memastikan jumlah udara yang keluar melalui ekzos sama jumlahnya dengan udara yang di pam masuk kedalam enjin.

2.Penyebab turbo lag? turbo lag ni berlaku sebab byk faktor, bukan sebab piping aje, kalau enjin std gaban, piping std gaban takkan berlaku turbo lag even tak buat steel piping. salah satu faktor penyebab yang paling terasa adalah bila enjin dlam keadaan std tp turbo kita upgrade ke saiz yang lebih besar. cth enjin GSR std kilang masuk AR80, so kita akan dapat power pd high rpm dalam 6000-7500K baru boost nak penuh, so pd low rpm boost akan lambat masuk, fenomena ni kita namakan turbo lag, dimana turbo lmbt spool utk dptkan kuasa yang maksimum, faktor lain, saiz piping yang tak betul. cth piping intercooler 3″ tp pakai td04 std, then terlalu piping yang panjang pun akan menyebabkan turbo lag. then yang paling akhir size intercooler yang terlalu besar, btw ade gak yag berpendapat size intercooler tak terlalu ketara kesannya, mungkin bg sesetengah orang tak terasa kesan lag bila upgrede size intercooler. and ada la faktor2 lain yang kene study lagi.

3.Penjagaan sistem turbo yg betol? nak jaga sistem turbo same je cam jaga enjin n/a, servis pd masa yang sesuai etc. tp biasenye kalau untuk enjin turbo ramai yang nasihatkan guna myk hitam yang sesuai, then servis dalam tempoh masa yang lebih kerap. cth 4000K tukar myk hitam, sebab enjin turbo lebih panas dari enjin n/a. yang lain2 lebih kurang sama je ngan enjin biase, then lg satu, untk turbo warming up pepagi utk enjin tu penting, then kalau nak off enjin make sure tunggu dalam 30 saat sebelum offkan enjin (better pakai timer) sebab enjin turbo perlukan masa bertenang sebelum boleh gerak n sebelum matikan enjin, utk make sure jangka hayat turbo n enjin akan lebih panjang.

4.Pemilihan turbin yg sesuai dgn enjin? bergantung pada set up kereta n enjin anda, kalau utk race atau track takde mslh utk pakai turbo beso, tp kalau utk kegunaan harian dengan upgrade pd sistem enjin, cooler sistem yang std, better pakai turbo std kilang je, kalau nak upgrade turbo kena make sure myk cukup, piston dah cukup kuat, compression enjin yang sesuai etc. so byk faktor kene ambil kira sebelum kita nak pilih turbo, kecik sgt takde power, besor sgt kang lag pulok, sebelum enjin kaboooom!!

5.Kacuk mengacuk utk menguatkan kadar boost tnpa enjin bleh blow.? mcm aku terangkan kat ats, byk faktor nak kene consider sebelum kita nak kacuk 2 hydbrid turbo, kalau semua dalam keadaan yang memuaskan takde mslh nak pakai turbo beso tanpa lag n rosakkan enjin. 1st sekali nak kene make sure fueling system kita tiptop, myk mesti cukup utk upgrade bigger turbine disampaing cooling system etc..

6.saiz intercooler yg sesuai utk sesebuah enjin turbo? yangnipun bergantung pad setup enjin jugak, tp kalau utk enjin std tak perlu intercooler yang terlalu besor, vr4 size pun dah cukup, kalau evo, pakai je yang stock, dah boleh support sampai 500HP dah tu.

.Cmner nk dapatkan setting yg cun tuk sesebuah enjin turbo? g dyno insyaAllah boleh dapat setup yang cun, tp kene cari tuner yang pakar gak ler, biase kedai2 yang buat dyno memang boleh set cun2 pnye, and nak kene ade piggyback atau stand alone la, kalu nak setup cun, kalau stock ecu+hardware aje pyh ckit nak dapat setup yang cantik.

8.Saiz ekzos yg sesuai tuk enjin turbo 2.0CC&1.3CC? (dari manifold smpi ke muffler) 2.0 boleh pakai 3″ kalau 1.3 2.3″ atau 2.5″ tp 2.5″ tu kira dah beso dah tu… 9.Ecu yg paling best tuk setup sebuah keta terubuk.. Haltec, Microtech… kalau byk modal ler, kalau budget rendah boleh rechip je atau guna unichip. guna piggyback cam SAFC+SITC atau emanage pun ok, cuma setup agak terhad and power yang terhasil pun tak boleh nak banding ngan stand alone la. 10.Apakah kegunaan utama wastegate selain dari berbunyi garang?? wastegate berfungsi utk membuang atau melepaskan udara termampat yang tak digunakan kembali ke atmosfera, berfungsi sama mcm std actuatoe dalam sistem turbo std, cuma std actuator tak menghasilkan bunyi yang garang sebab udara yang berlebihan akan disalurkan ke ekzos sistem while wastegate direct ke persekitaran. fungsi benda ni tak sama mcm bov, sebab bov buang udara lebih yang dah disejukkan oleh intercooler, wastegate buang udar panas yang dimampatkan oleh turbo, utk memastikan bekalan udara adalah pd tekanan yang tetap bergantung pd spring rate wastegate tersebut. std actuator biase spring rate dia 0.7@0.8 bar, wastegate aftermarket ni ikut kita nak letak ler ok diharap serba sedikit dapat membantu menambahkan pengetahuan kita, mana2 yang tak betul tolong btlkan and mana2 yang tak cukup tolong tambah. saya bukan otai, sekadar menjawab soalan yang tak terjawab, sekian terimakasih

sumber dari :Forum majalahkereta.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s